Assalamualaikum
- Terima sahabat dengan seadanya.Jadilah sahabatnya tanpa perlu kamu menuntutnya berubah mengikut kehendak kamu.Mungkin sahabatmu itu seorang yang cerewet atau sangat sensitive.Namun jangan lupa,kamu juga ada kelemahan dan kekurangan yang tersendiri bukan?
- Bersikap terbuka.Kerterbukaan yang kamu tampil dalam bersahabat bukan saja membuatkan sahabatmu akan lebih mengenali kamu,bahkan ia juga dapat membantu kamu untuk lebih mengenali diri sendiri.Ungkapkan perasaan,keinginan dan kenangan indah dalam persahabatan kamu itu.Hanya melalui sikap keterbukaan,kamu secara jujurnya akan dapat berkongsi dari hati ke hati,dan itu sangat penting dalam menjamin keintiman dalam persahabatan.
- Cipta keseimbangan di antara memberi dan menerima .Tidak akan menjadi hubungan persahabatan jika kamu hanya berperanan sebagai pemberi tanpa menerima.Sebaliknya,cuba belajar untuk berkongsi dengan sahabat dalam pelbagai aspek,contohnya berkongsi kegembiraan,kesedihan,dan sebagainya.Sudah pasti sahabat kamu akan menyenangi sikap kamu ini!
- Apabila sahabat kamu mempunyai sifat atau kebiasaan yang tidak disukai oleh orang yang boleh menyekat pergaulannya,cuba kamu mengingatkan si dia pada waktu yang tepat.Mungkin barangkali selama ini dia tidak sedar atau tidak ada individu yang menegurnya.Jika perlu,beri nasihat dan biarkan si dia berubah sedikit demi sedikit.Malah,kamu juga boleh meminta sahabatmu itu untuk menegur atau mengkritik sikap kamu yang tidak disukainya!
- Berikan perhatian dan peka.Jangan lupa hari-hari istimewanya.Sebetulnya sahabat bukan kekasih,tetapi untuk menjaga perhubungan agar berterusan,adalah penting bagi kamu untuk memberi perhatian terhadap sahabatmu itu.Layanan yang baik dalam bersahabat akan menjamin hubungan persahabatan yang berkekalan.
- Bertoleransi.Tidak akan wujud masalah andainya kamu berbeza latar belakang dengan sahabatmu itu.Contonya berlaina budayapris atau cara hidup.Semua itu boleh memperkayakan sesebuah persahabatan apabila kedua belah pihak tahu utk saling menghargai. Semakin baik toleransi kamu berdua, semakin matang kemampuan kamu dalam bersosial dgn sahabatmu.
- Cuba utk murah hati. Sbg, sahabat yg baik, kamu bukan hanya berperanan sbg sahabat semata-mata. Sebaliknya cuba jadikan diri kamu itu sbg tmpat utk dia mengadu masalah, tenangkannnya jika dia sedang mengalami waktu-waktu yg sulit. Jadikan diri kamu itu sebagai pelindung kpd sahabat. Kamu perlu ingat, sahabat bukan hanya utk berkongsi kegembiraan sahaja.
- Hargailah sahabat kamu sebagai seorang yg punyai harga diri. Meskipun hubungan kamu sudah dikira akrab, dia masih boleh tersinggung dgn sikap dan ucapan kamu yg mungkin boleh membuatkan hatinya terasa. Kamu perlu tahu bahawa hatinya boleh terluka andai dihina, atau dimalukan, walaupun dalam nada bergurau.
- Selesaikan konflik dgn segera. Mulai mengambil inisiatif utk menyelesaikannya. Jangan menunda apalagi bersikap seakan tidak ada masalah yg beraku. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula reality dalam persahabatan. Walaupun koflik sememangnya sedikit sebanyak akan mengganggu hubungan persahabatan, namun jika diselesaikan dgn baik tentunya akan membuat hubungan menjadi lebih serasi!
- Hormati privasi sahabat. Apabila dia bercerita tntang suatu rahsia, kamu jgn sesekali membocorkannya kerana itu bererti kamu telah mengkhianatinya. Cuba utk menghormatinya. Sahabat kamu juga perlukn ruang utk bersendirian. Ingat, jgn cuba utk membuka diari hariannya, tas atau dompet miliknya senyap-senyap atau tanpa izinnya terlebih dahulu.
- Bersikap jujur adalah yg terbaik. Dalam melewati frasa dalam bersahabat, kamu perlu jujur dgn sahabat. Tidak perlu bermuka-muka, atau menjadi talam dua muka semata-mata utk mengambil hati sahabat. Sebaliknya, kamu perlu jujur dan tidak hipokrit dalam menjalinkan persahabatan tanpa perlu menipu atau membuat sesuatu yg kurang baik dalam usaha utk mengekalkan persahabatan yg terjalin.
- Sahabat yg superb ialah sahabat yg boleh bertolak ansur. Justeru bertolak ansur kamu perlu tekankan dalam menjamin hubungan persahabatan yg berkekalan. Kadang-kadang andai berlaku sedikit salah faham ataupun perbezaan pendapat, adalah lebih baik andai kamu bertolak ansur demi menjaga hati si dia. Mungkin si dia yg berslah tetapi tidak salah sekiranya dalam situasi yang tertentu, kamu bertolak ansur dan beralah.
- Kamu ialah sahabat yang hebat jika kamu mengenali sahabat kamu luar dan dalam. Iaitu kamu tahu perangai baik dan buruknya. Usah kamu bersikap ambil lewa dalam hal ini. Perlu diingat bahawa sahabat kamu juga seorang manusia biasa yg tentunya mempunyai sikap yang kamu tidak gemar. Cuba ambil sikap mengenali hati budinya terlebih dahulu dan seterusnya cuba untuk mengawal persahabatn yang sedia ada dgn rasional.
- Hargai pendapat sahabat kamu. Dalam proses bersahabat, komunikasi adalah sgt penting dan dalam hal ini, pasti aka nada pelbagai pendapat yang dibincangkan sama ada kamu atau si dia yang mulakan. Lazimnya akan timbul pendapat yang mungkin kamu tidak setuju. Namun adalah sangat mustahak sekiranya kamu mengahargai pendapat sahabat kamu itu walaupun pendapat yg diberikan olehnya tidak tepat. Sebaiknya cuba member respons yg positif agar sahabat kamu tidak berkecil hati.
- Sahabat yg superb juga ialah sahabat yg boleh berbincang tentang apa saja dgn sahabatnya. Kamu dilihat sebagai seorg sahabat yg hebat andainya kamu boleh berbincang tentang pelbagai perkara dgn si dia. Ini seterusnya akan membuatkan sahabat kamu begitu menghormati dan melabelkan kamu sebagai seorg sahabat yg sgt peka terhadap semua perkara. Justeru, tidak hairan bukan jika kamu menjadi tempat yg di tuju kawan-kawan yg ingin mengadu tentang apa saja…
PS: kawan2 ku... baik HG or spe2 je.. kte trase diri kte xlayak nk berkawan dgn spe2 ble bce artikel ni... Sbb kte x rase kte sahabat yg superb utk korg... n kte bnyak sgt kekurangan... kte minx maaf ye dr korg sume... maafkn kte ye... ukhwah fillah abadan abada.. all the bez in ur exam fren...
No comments:
Post a Comment