Followers

Tuesday, November 30, 2010

Al Kahfi Pelindung Diri

Assalamualaikum..

Agak lama aku tak tulis entry baru kat sini... Xdapat connection internet la kat sini.. ni pon Alhamdulillah baru dapat.. So sekarang ni melepas rindu la kat blog kesayangan ni.. hehe...

Baru2 ni ada balik rumah... mak pesan kat aku n adik beradik yang lain.. Banyakkan bace Al-Quran... Pada hari Jumaat sebaik2nya bacalah surah Al-Kahfi kerana ada kelebihan surah ni.. adat orang melayu, malam jumaat, baca surah yassin... alhamdulillah mereka baca jugak Ayat2 suci Al-Quran daripada mereka buat konsert2 lagha tu..

Then aku search la hadis2 berkaitan surah Al-Kahfi.. dan di sini, ak share la dengan semua... Harap2 same2 la kita mendapat manfaat dari ape yg aku baca.. dan kalau2 ada yang salah, sila lah tegur...

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."(H.R. al-Baihaqi)
Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi) 
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai) 
 Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
Wallahualam... kalau ada silap tegur la... jangan simpan je..

Sharing is Caring,
NUR SYAFIQAH JANURIN 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails