Followers

Tuesday, November 30, 2010

Al Kahfi Pelindung Diri

Assalamualaikum..

Agak lama aku tak tulis entry baru kat sini... Xdapat connection internet la kat sini.. ni pon Alhamdulillah baru dapat.. So sekarang ni melepas rindu la kat blog kesayangan ni.. hehe...

Baru2 ni ada balik rumah... mak pesan kat aku n adik beradik yang lain.. Banyakkan bace Al-Quran... Pada hari Jumaat sebaik2nya bacalah surah Al-Kahfi kerana ada kelebihan surah ni.. adat orang melayu, malam jumaat, baca surah yassin... alhamdulillah mereka baca jugak Ayat2 suci Al-Quran daripada mereka buat konsert2 lagha tu..

Then aku search la hadis2 berkaitan surah Al-Kahfi.. dan di sini, ak share la dengan semua... Harap2 same2 la kita mendapat manfaat dari ape yg aku baca.. dan kalau2 ada yang salah, sila lah tegur...

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."(H.R. al-Baihaqi)
Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi) 
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai) 
 Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
Wallahualam... kalau ada silap tegur la... jangan simpan je..

Sharing is Caring,
NUR SYAFIQAH JANURIN 

Sunday, November 28, 2010

Hyper Risau.. tolong!!!!

Assalamualaikum...

Kali ni aku xde pe pon nk share ilmu.. sebab aku tengah cuak untuk paper esok.. haish.. ada 15 Chapter.. ak baru bace 3 Chapter.. exam kul 8.30 pagi.. now da pukul 5.00 ptg.. ak ada lg 12 Chapter to go.. Ya Allah bolehkah masa berhenti???

Moral of the story:
1. Jangan study last minit
2. Jangan g jalan jauh2 before habis exam.. (i just come back from Perak last night)
3. Sila fokus dalam kelas (jangan tido)
4. Cintailah microbiology and ecology

Note:
Kawan2 sekalian... tolong la doa soklan esk senang ye.. ak nye kerisauan dah masuk petala yang ke-7...

Hati yang teramat risau,
NUR SYAFIQAH JANURIN

Friday, November 26, 2010

Exam Datang Lagi...

Assalamualaikum..

Owh lame x tulis blog... rindu... lama x share... tp kali ni xde pape nk share.. sbb bz dgn exam.. (padan muka da nk exam br nk stdy)... hehe...

Exam-exam aku... yuhuuuu!!!!

25 november 2010 - Basic Engineering Algebra (DONE!!!)
29 November 2010 - Microbiology and Ecology for Environmental Engineer
3 December 2010   - Environmental Chemistry
6 December 2010  -  Soil Mechanics
8 December 2010  -  Open Channel Hydraulics

END of Semester 3...

haha.. bajet hebat je kn nk hepy2 hbs sem 3... All the best!!!!

Tuesday, November 16, 2010

Hormati Kalian

Assalamualaikum...

Just nak share kisah Nabi Musa A.S. sbb sekarang ni da makin ramai anak2 yang x hormat dgn orang tua mereka... Minta kita dijauhkan dari menjadi sebahagian daripada mereka yang terleka itu.. 
~~~~Bismillahirrahmanirrahim~~~~

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

~~~~END~~~~

RENUNGAN BERSAMA

  1. Seburuk mana pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
  2. Sebanyak mana sekali pun dosa yang ibubapa kita lakukan, bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
  3. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
  4. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
  5. Berbaktilah kepada ibubapa kita selagi hayat mereka masih ada. Jangan sesekali menyakiti hati mereka.
  6. Walau sehebat mana pon kita, hanya 3 perkara yang akan kita bawa apabila mati, iaitu amal soleh, sedekah jariah dan DOA DARI ANAK YANG SOLEH.
  7. Maka, didiklah anak-anak kita supaya mereka taat akan perintah Allah S.W.T, dunia kini penuh dengan pancaroba, salah didikan akan membawa kita ke neraka.
"sesungguhnya yang baik itu datang nya dari Allah dan yang tidak elok itu datang dari kelemahan aku sendiri. Tegurlah sekiranya terdapat kesilapan. May Allah Bless... Wallahualam..." 


Sharing is Caring,
NSJ90

Saturday, November 13, 2010

Pembasuh Dosa & Penawar Hati

Assalamualaikum...

Sebelum mulakan baca buku, aku bukak la website iluvislam.com... then nampak la satu artikel ni yang agak menarik minat aku.. rase mcm nak share kat sini..

Manusia ni mmg x lari dari melakukan dosa... dalam sehari tak tahu la berapa banyak dosa yang kita buat.. adakalanya kita tahu benda tu dosa.. tapi tetap buat juga.. adakalanya pula kita tak sedar yang dalam diam kita buat juga dosa... tak tahu la apa nak jadi dengan manusia sekarang ni.. (untuk diri aku juga)...

Tapi sedar tak kita betapa Allah itu sangat menyayangi hamba-hamba-Nya... even kita buat dosa, tapi Allah tetap bagi peluang untuk kita bertaubat, insaf, dan kembali ke pangkal jalan (kalau ayat novel la)... Dalam agama kita ada macam2 cara untuk kita bertaubat.. tapi kenapa kita masih terus melakukan dosa ye?? kenapa iman kita sangat rapuh?? Kenapa masih leka dan tidur?? 

Sharing an article from iluvislam.com

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi
~~~~~~~~END~~~~~~~~
"sesungguhnya yang baik itu datang nya dari Allah dan yang tidak elok itu datang nya dari kelemahan diri aku sendiri... manusia itu sesungguhnya tidak lari dari melakukan kesilapan.. kalau ada yang silap tegur2 lah aku..."
Wallahualam....
Sharing is Caring,
NSJ90

Turning Point

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. setelah sekian lame aku meng'private'kan blog ni... Akhirnye terdetik pon kat hati ni nak meng'public'kan nye... Blogging ni da kira mcm hobi aku bila mana aku rase sgt2 depress/stress/sdh/terlalu hepy/excited dan yang selayaknya... tapi mungkin untuk kali ni lebih kepada depress la.. ape sebab depress tu abaikan...

Daripada Villa Hatiku Dulu, Kini & Selamanya kepada I'm Not Ed Sassin adalah atas sebab2 tertentu... aku rindu dengan blog lama aku.. tp biarlah dgn wajah baru... lupakan yang lama(jdkn kenangan), bangkit dgn yang baru.. Insya-Allah ada hikmah disebalik setiap ape yang jadi... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui sesuatu yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar... Wallahualam...

Instead of this, aku just nak share dengan kawan2 aku ape yang aku tahu or ape yang ak experience... Based on my experience, dalam hidup ni selalu lah merendah diri... sesungguhnya itu yang terbaik.. jangan sesekali suburkan sikap takbur, riak, ujub dalam diri coz ia akan memakan diri satu ketika nanti... "at one point, everything will turn back to 0 degree"

Manusia ni selalu leka, alpa, hanyut dengan duniawi sampai kita x sedar yang kita terlalu jauh dengan Allah... Ada yang ketika nya x sempat nak bertaubat kerana terlalu hanyut dan ada yang terselamat dari terus hanyut... Aku bukan ustazah, apatah lagi alim ulama' jadi aku sendiri selalu hanyut dgn hal2 duniawi... Adakalanya aku lupa sape diri aku... so, I need to find my turning point back... 

-Change rotation to 360 degree- Really thanx to Hlovate for the idea on Versus.. sangat2 membantu....

Sharing is Caring,
NSJ90

Friday, November 12, 2010

Petua Khusyuk Dalam Solat

Assalamualaikum...
 
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
 
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
 
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
 
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
 
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
 
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
 
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
 
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
 
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
 
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
 
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
 
Sharing is caring,
NSJ90
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails