Sifat-sifat Lelaki Idaman Wanita
1. Seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya. Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya. Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya. Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya.Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya. Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran. Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia.
2. Seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat. Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat. Papa memiliki akhlaq mazmumah tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan.
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia. Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah.
3. Seorang yang Bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan. Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran. Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran.
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan. Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran. Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran.
4. Seorang yang Buta
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah. Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi. Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah, Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment